Salam Sejahtera YB. Menteri Pertanian Malaysia. Indicator yang paling tepat untuk mengukur pencapaian adalah apa keperluan negara yang paling-paling penting iaitu cukupnya makanan dan hasil negara untuk diniagakan (eksport).
Dasar ini adalah fokus yang lebih penting dari mana2 pencapaian bagi Kementerian ini khususnya pada seorang menteri. Sebagai contohnya terdapat elemen2 lain y dilihat kearah tidak membantu penduduk dalam cukup makanan dilaksana. Pembaziran perkara ini perlu dihentikan.
Peranan peranan jab dan agensi turut kelihatan cending akibat pertindihan kpi yang dilihat hampir sama.Semua jab berlumba2 mempamerkan kehebatan pemberian bajet tahunan. Boleh dilihat orang yang sama menerima peruntukan dari banyak agensi2 samada dalam kementerian yang sama atau tidak.
Kementerian perlu mencari ruang dan peluang kearah murahnya hasil tani dalam konteks yeng berbeza. Gunakan sumber sedia ada dan bukanya mengambil jalan mudah import keperluan makanan luar sebagai satu tindakan y wajar saban tahun.
Penyelidikan yang tiada penghujungnya turut merugikan negara.
Yang terakhir sekali adalah fokus peranan2 jab dan agensi kepada core bussiness masing2 agar tiada pertindihan peranan. Contonya jab berkaitan pemasaran fokusnya hanya kepada pemasaran. Jika jabatan itu berkaitan pertanian fokusnya kepada pembanguan pertanian sahaja.
Semoga terus membantu membangunan industri makanan negara kearah yang lebih baik dari sebelumnya. Tahniah YB diatas usaha selama ini. Wasalam