PENCAPAIAN ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Sehingga 21 Mac 2022

Kementerian Pertanian & Industri Makanan

Aspirasi keluarga Malaysia (AKM) ini telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob semasa pembentukan Kabinet Baharu pada 27 Ogos 2021 yang menetapkan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal sehingga 9 Disember 2021 serta pencapaian jangkamasa sederhana sehingga 30 Jun 2022 semua program dan aktiviti Kementerian yang memberi impak besar kepada rakyat.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara, oleh itu MAFI terlibat secara terus dengan 3 AKM utama iaitu:

*Pencapaian yang dipaparkan di bawah adalah sama yang dilaporkan di dalam sistem MyAspirasi sehingga 21 Mac 2022

Penyaluran Pembiayaan, bantuan dan insentif bagi meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar

+121% Pencapaian
Sasaran:
89,472 penerima

Pencapaian:
108,819 penerima
Perincian Program

Smart Sawah Berskala Besar

+136% Pencapaian
Sasaran:
3,585 pesawah

Pencapaian:
4,890 pesawah
Perincian Program

Smart Card Peladang-i

+35% Pencapaian
Sasaran:
20,000 ahli

Pencapaian:
7,163 ahli
Perincian Program

BERIKAN PANDANGAN ANDA

Hantarkan ucapan, pandangan atau cadangan anda tentang pencapaian MAFI dan agensi yang terlibat dan berpeluang menerima hadiah menarik!

Penyaluran bantuan dan insentif bagi meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar

MAFI dengan hasil usaha jitu bersama semua Jabatan/Agensi berjaya menyalurkan bantuan kepada 108,819 penerima iaitu peningkatan lebih 20 peratus daripada sasaran awal seramai 89,472 penerima.

Program Elaun Sara Hidup (ESH) Nelayan

34,688 penerima

Agensi Pelaksana:
LKIM

Sasaran Manfaat:
35,000 penerima

Pencapaian Penerima:
34,688 penerima

Perbelanjaan Peruntukan:
RM31 juta
Perincian Program

Insentif Logistik serta Pemasaran dibawah Industri Nanas

4,161 penerima

Agensi Pelaksana:
LPNM

Sasaran Manfaat:
3,000 penerima

Pencapaian Penerima:
4,161 penerima

Perbelanjaan Peruntukan:
RM1.16 juta
Perincian Program

Peningkatan Pendapatan
Golongan Petani B40 di PPK

248 penerima
Agensi Pelaksana:
LPP

Sasaran Manfaat:
248 penerima

Pencapaian Penerima:
248 penerima

Perbelanjaan Peruntukan:
RM3.4 juta
Perincian Program

Rezeki Tani

115 penerima
Agensi Pelaksana:
IMAT

Sasaran Manfaat:
100 penerima

Pencapaian Penerima:
115 penerima

Perbelanjaan Peruntukan:
RM1.15 juta
Perincian Program

Pemodenan Vesel Perikanan

410 pemilik vesel

Agensi Pelaksana:
DOF

Sasaran Manfaat:
202 pemilik vesel

Pencapaian Penerima:
410 pemilik vesel

Perbelanjaan Peruntukan:
RM57.3 juta
Perincian Program

Projek Ladang e-Satelit

69 peserta

Agensi Pelaksana:
LPP

Sasaran Manfaat:
69 peserta industri

Pencapaian Penerima:
69 peserta industri

Perbelanjaan Peruntukan:
RM2.07 juta
Perincian Program

Rezeki Ternak

71 penternak

Agensi Pelaksana:
DVS

Sasaran Manfaat:
60 penternak

Pencapaian Penerima:
71 penternak

Perbelanjaan Peruntukan:
RM694,000
Perincian Program

Pengembangan Akuakultur

275 penternak

Agensi Pelaksana:
DOF

Sasaran Manfaat:
50 penternak

Pencapaian Penerima:
275 penternak

Perbelanjaan Peruntukan:
RM3.31 juta
Perincian Program

PENJANA Agrobank

4,399 pelanggan
Agensi Pelaksana:
AGROBANK

Sasaran Manfaat:
4,197 pelanggan

Pencapaian Penerima:
4,399 pelanggan

Perbelanjaan Peruntukan:
RM52.9 juta
Perincian Program

Dana Pembiayaan Agromakanan

20 peserta industri

Agensi Pelaksana:
AGROBANK

Sasaran Manfaat:
20 peserta industri

Pencapaian Penerima:
20 peserta industri

Perbelanjaan Peruntukan:
RM40 juta
Perincian Program

MAFI Prihatin

30,793 penerima

Agensi Pelaksana:
Semua Agensi

Sasaran Manfaat:
20,690 penerima

Pencapaian Penerima:
30,793 penerima

Perbelanjaan Peruntukan:
RM900,000
Perincian Program

Smart Sawah Berskala Besar

Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) merupakan hala tuju baharu industri padi dan beras negara yang digariskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pengurusan sawah secara cekap dan sistematik menerusi pelaksanaan secara koperasi, persatuan atau berkelompok untuk penggunaan sumber secara optimum.

PerkaraPesawahPPKSyarikat
Hasil Padi per Hektar7 mtan7 mtan7 mtan
Perkongsian Jualan 50% Antara Pesawah dan Syarikat PemajuRM3,527.29RM0RM3,527.29
Jumlah Pendapatan SemusimRM3,947.29RM175RM3,702.29
JUMLAH PENDAPATAN SETAHUNRM7,894.58RM350RM8,104.58
MADA
Penerima Manfaat: 70 pesawah
Keluasan Sawah: 100Ha
KADA
Penerima Manfaat: 243 pesawah
Keluasan Sawah: 3,579Ha
IADA KETARA
Penerima Manfaat: 176 pesawah
Keluasan Sawah: 1,428Ha
IADA Pekan
Penerima Manfaat: 1,142
pesawah Keluasan Sawah: 2,038Ha
IADA Rompin
Penerima Manfaat: 1,142
pesawah Keluasan Sawah: 2,038Ha
IADA P.Pinang
Penerima Manfaat: 81 pesawah
Keluasan Sawah: 1,500Ha
IADA Seberang Perak

Penerima Manfaat: 239 pesawah
Keluasan Sawah: 5,880Ha

IADA Kerian

Penerima Manfaat: 239 pesawah
Keluasan Sawah: 5,880Ha

IADA Kemasin Semerak

Penerima Manfaat: 239 pesawah
Keluasan Sawah: 5,880Ha

IADA Barat Laut Selangor
Penerima Manfaat: 260 pesawah
Keluasan Sawah: 2,000Ha
IADA Kota Belud

Penerima Manfaat: 149 pesawah
Keluasan Sawah: 200Ha

IADA Batang Lupar
Penerima Manfaat: 267 pesawah
Keluasan Sawah: 100Ha

Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i)

Program Smart Card Keluarga Peladang (PELADANG-i) merupakan kerjasama strategik antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bersama Agrobank dalam meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan kepada komuniti dan masyarakat peladang di samping sebagai usaha berterusan ke arah pemodenan industri pertanian yang menggabungkan pelbagai fungsi dan kelebihan di dalam satu kad Co-Brand Debit Card.

Kad Identiti Keahlian PPK

Perlindungan Takaful

Co-Brand Debit Card, Transaksi Tanpa Tunai

Program Smart Card Keluarga Peladang (PELADANG-i) merupakan kerjasama strategik antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bersama Agrobank dalam meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan kepada komuniti dan masyarakat peladang di samping sebagai usaha berterusan ke arah permodenan industri pertanian yang menggabungkan pelbagai fungsi dan kelebihan di dalam satu kad Co-Brand Debit Card.

Matlamat LPP untuk meneraju industri pertanian dalam negara ke arah IR 4.0 yang menerapkan ciri – ciri pemodenan dalam revolusi pertanian termasuklah dalam bidang perbankan yang melibatkan ahli peladang.

Fasa pertama pelaksanaan Smart Card Keluarga Peladang (PELADANG-i) ini akan melibatkan penggabungan ciri-ciri 3 dalam 1 dimana kad debit Co-Brand Agrobank dijadikan sebagai kad identiti keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) disamping kegunaan kad debit sebagai kaedah pembayaran secara cashless dan contactless serta sebagai kad pelindungan Takaful Peladang kepada ahli peladang yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Selaras dengan sokongan dan galakan kerajaan ini, pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober yang lalu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 5 Juta bagi menyediakan semua ahli peladang dengan perlindungan takaful dengan pelbagai manfaat perlindungan bernilai sehingga RM 5,000.00.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

1. Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Objektif pemberian ESHN ini adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan nelayan disamping ianya merupakan insentif kepada sektor industri perikanan supaya kekal berdaya maju.

Kerajaan amat menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosio ekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat dari semasa ke semasa. Pemberian ESHN telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2008 kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.

Objektif pemberian ESHN ini adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan nelayan disamping ianya merupakan insentif kepada sektor industri perikanan supaya kekal berdaya maju. Penyaluran ESHN ini dibuat melalui kaedah pembayaran terus ke akaun milik individu melalui bank-bank terpilih atau penyerahan secara tunai yang dilaksanakan secara berkala di seluruh Malaysia.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Jun 2008 telah bersetuju bagi pelaksanaan ESHN ini dalam bentuk kewangan secara tunai pada kadar RM200 sebulan yang diberikan pada setiap bulan kepada golongan nelayan yang layak. Bagi tahun 2021, sejumlah RM126 juta telah diperuntukkan bagi pemberian ESHN pada kadar RM300 sebulan yang diberikan kepada pemilik vessel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Sasaran bagi penerima ESHN bagi tahun ini adalah seramai 35,000 orang penerima manfaat.

Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN ini adalah terdiri daripada nelayan warganegara Malaysia yang berdaftar dan berumur 18 tahun dan ke atas serta tergolong dalam kategori nelayan seperti berikut:

  1. Pemilik vessel perikanan zon A sahaja; dan
  2. Pekerja (awak-awak) zon A, B, C dan C2.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

4. Program Insentif Logistik serta Pemasaran di bawah Industri Nanas

Insentif ini dijangka akan memberi impak kepada sektor Industri nanas negara dalam usaha meningkatkan produktiviti dan pengeluaran nanas dan sektor industri hiliran.

Bagi program Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, LPNM memberi perhatian kepada 3 program daripada 13 Program Insentif yang dilaksanakan di bawah Peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE Prihatin) berjumlah keseluruhan RM 13,000,000.00. Peruntukan disalurkan kepada LPNM untuk tempoh 2020 sehingga 2021. 13 program yang dilaksanakan merangkumi kepada keseluruhan Rantaian Nilai di dalam industri nanas negara yang bermula daripada penanaman sehingga ke pengeksportan keluar negara. Jumlah penerima manfaat yang disasarkan oleh LPNM adalah seramai 25,000 peserta dan bagi KPI 100 hari MAFI yang disasarkan adalah seramai 3,000 peserta. Nilai insentif yang disalurkan kepada peserta bermula bermula RM50.00 untuk Insentif Kempen dan Promosi dan sehingga RM 180,000.00 untuk Insentif Bantuan Lori. Inisiatif yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk merancakkan ekonomi negara susulan daripada krisi Covid-19 yang melanda negara.

Insentif ini dijangka akan memberi impak kepada sektor Industri nanas negara dalam usaha meningkatkan produktiviti dan pengeluaran nanas dan sektor industri hiliran. Perkara ini seiring dengan sasaran kerajaan dalam meningkatkan keluasan penanaman nanas negara kepada 20,000 hektar dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berbanding 17,000 hektar pada masa kini. Eksport nanas negara dijangka akan terus berkembang pada kadar 5% setahun susulan daripada permintaan tinggi terhadap buah nanas segar serta produk pengetinan nanas. Pada 2020, jumlah eksport produk nanas Malaysia adalah RM641 juta berbanding RM492 juta pada tahun 2019 dimana produk nanas Malaysia di eksport ke lebih 20 lebih buah negara.

Berdasarkan Aspirasi Keluarga Malaysia, LPNM telah mempergiatkan sumbangan kepada frontliner dan golongan yang telah terlibat melalui kaedah penyerahan sumbangan Bakul Makanan. Dalam tempoh 100hari AKM dilaksanakan, seramai 4,161 penerima manfaat tealahg menerima sumbangan tersebut meliputi seluruh negara. Program ini dilaksanakan oleh Ibu Pejabat LPNM dan pejabat-pejabat LPNM cawangan negeri di seluruh Malaysia. Sumbangan yang diberikan berbentuk keperluan dapur seisi keluarga dan buah nanas. Pemberian buah nanas adalah seiring dengan kempen makan nanas yang dilancarkan oleh LPNM.

Selain daripada itu, insentif lain yang diberi keutamaan sepanjang AKM 100 Hari adalah pemberian insentif mesin ‘power-spray’. Insentif yang diberikan adalah bagi meringankan beban yang dialami oleh pengusaha tanaman nanas yang terjejas pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mesin ini dapat membantu dalam mempercepatkan proses aktiviti penanaman samaada proses pembajaan foliar atau proses meracun di kawasan ladang. Insentif ini dapat mengurangkan kos bayaran pekerja bagi aktiviti penanaman bagi pengusahaan nanas.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

7. Peningkatan Pendapatan Golongan Petani B40 di PPK

Projek ini memberi peluang baharu kepada pesawah, nelayan, penternak, pekebun kecil dan golongan muda untuk menambah pendapatan sampingan bergantung kepada jenis tanaman kontan yang ditanam.

Tanaman Fertigasi

Tanaman Fertigasi Meja

Tanaman Konvensional

Projek tanaman kontan ini diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mensasarkan lebih daripada 30,000 orang peserta bagi tempoh Januari – Disember 2021.

Projek ini memberi peluang baharu kepada pesawah, nelayan, penternak, pekebun kecil dan golongan muda untuk menambah pendapatan sampingan bergantung kepada jenis tanaman kontan yang ditanam. Projek ini disasarkan untuk mencapai outcome bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman kontan berjangka 3-6 bulan bagi tanaman terpilih antaranya cili, nanas, tembikai, jagung bijian dan jagung manis.

Skop program ini melibatkan insentif in-kind yang diberikan kepada peserta dalam bentuk input pertanian, tenaga kerja, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elemen pemasaran hasil pertanian.

Skop program ini melibatkan insentif in-kind yang diberikan kepada peserta dalam bentuk input pertanian, tenaga kerja, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elemen pemasaran hasil pertanian.

Program ini telah memberi impak yang besar dalam menjana pengeluaran agromakanan negara dan telah memberi manfaat kepada seramai 951 orang usahawan PPK dari seluruh negeri. Ianya juga dapat menjana pendapatan kepada 248 orang peserta dengan anggaran RM3,000 – RM4,000 sebulan.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

1. Rezeki Tani

Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan di bawah Kementerian. Penerima manfaat dibantu meningkatkan pendapatan melalui bantuan projek ekonomi dalam bidang pertanian serta industri makanan dan asas tani.

Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan di bawah Kementerian. Penerima manfaat dibantu meningkatkan pendapatan melalui bantuan projek ekonomi dalam bidang pertanian serta industri makanan dan asas tani. Pelaksanaan Program Rezeki Tani dipertanggungjawab kepada jabatan/agensi di bawah Kementerian iaitu DOA, DOF, DVS, FAMA, LPP, LKIM, LPNM, MARDI, MADA dan KADA.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Rezeki Tani bermula dari tahun 2019 hingga 2020, seramai 1,011 orang peserta telah menerima manfaat daripada program ini yang mana melebihi sasaran awal iaitu 1,000 orang peserta, melibatkan peruntukan khas berjumlah RM10 juta. Bermula tahun 2021, pelaksanaan Program Rezeki Tani adalah menerusi bajet pembangunan RMKe-12 dengan kos projek sebanyak RM10 juta bagi tempoh 5 tahun (2021-2025). Berdasarkan status pelaksanaan semasa, seramai 101 orang peserta telah menerima bantuan daripada program ini.

Kumpulan sasaran peserta terdiri daripada golongan miskin dan isi rumah berpendapatan sehingga 20% daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa. Kadar bantuan maksimum bagi seorang peserta adalah sebanyak RM10,000 meliputi pemberian in-kind dan latihan mengikut keperluan projek peserta. Peserta perlu menjalankan projek quick win iaitu projek yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang pendek di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan dan berpotensi memberi pulangan yang baik.

Kementerian melalui Jabatan dan Agensi di peringkat negeri dan daerah akan memantau peserta bagi memastikan bantuan yang diterima dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana pendapatan isi rumah. Pada awal pelaksanaan projek, bimbingan akan dijalankan dengan kerap supaya peserta dapat menjalankan projek dengan lancar. Di samping itu, latihan-latihan juga turut disediakan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran serta daya saing peserta.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

5. Pemodenan Vesel Perikanan (Zon A dan Zon B)

Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan industri perikanan pantai melalui pemodenan dan mekanisasi peralatan vesel dengan mengalakkan pengunaan peralatan yang mesra sumber, cekap dan efisien serta mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di atas vesel tempatan.

Vesel nelayan moden yang sedang dibina oleh anak tempatan di Kuala Terengganu.

Contoh model vesel moden Zon C

Susulan daripada pembentangan Bajet 2021 yang lalu, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 150 juta ringgit untuk membiayai Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan bawah Dana Jaminan Makanan 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan industri perikanan pantai melalui pemodenan dan mekanisasi peralatan vesel dengan mengalakkan pengunaan peralatan yang mesra sumber, cekap dan efisien serta mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di atas vesel tempatan. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk merancakkan lagi industri perikanan pantai dengan menaiktaraf aspek keselamatan dan gerak kerja di atas vesel dan juga memperhebatkan lagi kualiti penangkapan dan pendaratan ikan.

Melihat kepada data perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2020, seramai 119,828 orang nelayan dan 48,826 buah vesel telah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia merangkumi nelayan di Zon A, Zon B, Zon C dan C2. Melalui program ini, Jabatan telah menyasarkan sebanyak 315 buah vesel akan menerima manfaat. Setakat hari ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima 356 permohonan, melibatkan 341 buah vesel dengan nilai peruntukan sebanyak RM 223,124,303.80 juta ringgit telah diperakui di peringkat DOF. Daripada jumlah pembiayaan tersebut, RM203,713,000 juta ringgit adalah untuk pembiayaan program pemodenan manakala RM19,411,303.80 juta ringgit lagi untuk pembiayaan mekanisasi. Walaupun permohonan ini, khususnya pemodenan telah melebihi dana, ia akan bergantung kepada penilaian kredit oleh Agrobank dan permohonan dengan dokumen yang lengkap.

Purata pendapatan nelayan di zon A dan B dijangka meningkat sebanyak 32%, manakala bagi nelayan Zon C dan C2, dijangka meningkat kepada 30% pada tahun 2025.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

8. Projek Ladang e-Satelit

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk menaiktaraf projek pertanian sedia ada kepada projek pertanian berskala besar dengan penerapan elemen Internet of Thing (IoT) dan penggunaan dron. Peruntukan program ini berbentuk Geran Pemadanan (70:30) dari LPP dan Ahli Pertubuhan Peladang/ Pertubuhan Peladang.

Projek Ladang e-Satelit merupakan salah satu inisiatif Bajet 2021 di bawah Dana Jaminan Makanan bertujuan untuk memperkasa sektor pertanian dan industri makanan negara.

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk menaiktaraf projek pertanian sedia ada kepada projek pertanian berskala besar dengan penerapan elemen Internet of Thing (IoT) dan penggunaan dron. Peruntukan program ini berbentuk Geran Pemadanan (70:30) dari LPP dan Ahli Pertubuhan Peladang/ Pertubuhan Peladang.

Objektif utama Program Ladang e-Satelit adalah mewujudkan aktiviti pertanian untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti serta selamat dimakan, peluang pekerjaan dan pengurangan kos pengeluaran. Selain itu, ia juga untuk menggalak dan memperbanyakkan penggunaan teknologi dan sistem IoT dalam kalangan Ahli Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Sehingga kini, seramai 69 peserta telah mendapat manfaat dengan penaiktarafan projek pertanian sediaada dengan mengaplikasikan IoT serta penggunaan dron dalam projek dijalankan.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

3. Rezeki Ternak

Sehingga 23 November 2021, seramai 71 penternak kecil telah menerima pelbagai bentuk bantuan samada bantuan ternakan ruminan/unggas, bantuan peralatan atau makanan ternakan melalui program ini di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan peruntukan sebanyak RM694,000

Merupakan program yang bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan penternak kecil atau B40 melalui inisitif berikut:

  1. Bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing dan kambing tenusu) berbentuk Geran Pemadanan 90:10 (peserta membayar 10% daripada kos perolehan induk ternakan ruminan kepada Jabatan secara bank draf) dengan had maksima RM20,000/ penternak
  2. Bantuan peralatan seperti chopper, pasteurizer, mesin pam susu mudah alih, pembaikan kandang/ infrastruktur ladang.
  3. Bantuan bagi penternak unggas termasuk baka unggas, bahan binaan reban, input penternakan, peralatan ladang, alat pengeraman dan penetasan dengan had maksima RM5,000/ penternak.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

5. Pengembangan Akuakultur

Dana ini dijangka mampu untuk membantu para penternak mengurangkan impak pandemic Covid 19 dengan kebanyakan para penternak dibantu dengan input-input yang telah dimohon oleh penternak seperti benih, makanan, peralatan ternakan dan sebagainya.

Program Pengembangan Akuakultur merupakan insentif yang ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha akuakultur bagi mengembangkan atau memulakan aktiviti akuakultur dengan tujuan meringankan bebanan kos yang perlu ditanggung dan menyumbang kepada pengeluaran ikan makan Negara. Di bawah ucapan bajet Dana Jaminan Makanan (DJM) 2021, sebanyak RM10.0 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembiayaan projek akuakultur kepada kategori pengusaha kecil.

Dana ini dijangka mampu untuk membantu para penternak mengurangkan impak pandemic Covid 19 dengan kebanyakan para penternak dibantu dengan input-input yang telah dimohon oleh penternak seperti benih, makanan, peralatan ternakan dan sebagainya.

Di bawah program ini seramai 523 penternak seluruh negara telah dibantu untuk meningkatkan pengeluaran mereka.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

8. PENJANA Agrobank

Objektif bantuan skim pembiayaan Agromakanan PENJANA adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan tani mikro terutamanya di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas kesan dari pandemik Covid-19 dan PKP.

Poster Berkaitan Program

Kemudahan pembiayaan Agromakanan dibawah dana PENJANA merupakan salah satu initiatif Agrobank dalam menyahut seruan kerajaan dalam menyediakan bantuan kewangan dalam sektor agropertanian. Ia merupakan salah satu usaha sama di antara MAFI dan Agrobank dalam melestarikan dan menyediakan bantuan serta perkhidmatan dalam pelbagai bentuk terutama sekali dalam skop bantuan kewangan.

Objektif bantuan skim pembiayaan Agromakanan PENJANA adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan tani mikro terutamanya di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas kesan dari pandemik Covid-19 dan PKP. Penyediaan skim pembiayaan ini adalah dengan kadar rendah selari dengan objektif bagi membantu meringankan bebanan kos perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan.

Skop pembiayaan adalah melibatkan semua aktiviti pertanian merangkumi pengeluaran makanan, pembuatan, pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan dengan pengkhususan kepada segmen kumpulan sasar. Ini bagi bertujuan membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana terutamanya dalam mengekalkan perniagaan mereka semasa pandemik COVID-19 dan dalam masa yang sama meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang pengeluaran makanan dan aktiviti-aktiviti hiliran.

Selama tempoh 1 September – 23 November 2021, jumlah permohonan pembiayaan Agromakanan PENJANA adalah sebanyak RM68.44 juta. Daripada jumlah yang telah dipohon, sebanyak RM52.85 juta (77.22%) telah diluluskan.

Prestasi capaian ini selari dengan KPI/Sasaran Jangka Pendek (Quick Win) 100 Hari yang mensasarkan penambahan pembiayaan kepada 4,399 usahawan dengan jumlah kelulusan pembiayaan terkumpul sebanyak RM50 juta. Bagi Sasaran Jangka Sederhana, daripada keseluruhan peruntukan Pembiayaan Agromakanan dibawah dana PENJANA sebanyak RM350 juta, disasarkan sebanyak RM270 juta akan digunakan sepenuhnya tahun ini. Sasaran Jangka Panjang adalah untuk penggunaan sepenuhnya peruntukan yang diberikan serta bergantung kepada peruntukan tambahan Dana PENJANA  yang akan berdasarkan initiatif Kerajaan dalam memberikan bantuan pasca pandemik COVID-19.

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

10. Dana Pembiayaan Agromakanan

Skop pembiayaan DPA diberikan kepada sektor perkhidmatan, projek dan aktiviti yang patuh Shariah sahaja iaitu selari dengan asas prinsip Agrobank yang menjadi salah sebuah perbankan yang patuh shariah.

Dana Pembiayaan Agromakanan (DPA) berobjektif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan import makanan dari negara luar dengan menyediakan pembiayaan bagi projek-projek dalam sektor makanan pada kos yang berpatutan. Ini bertujuan bagi mempersiap siagakan negara agar menjadi negara yang mampu menampung keperluan dan kemahuan ekonomi negara tanpa bergantung harap terhadap negara lain.

Skop pembiayaan DPA diberikan kepada sektor perkhidmatan, projek dan aktiviti yang patuh Shariah sahaja iaitu selari dengan asas prinsip Agrobank yang menjadi salah sebuah perbankan yang patuh shariah. Bukan itu sahaja, pembiayaan DPA juga tidak tertumpu kepada hanya sesuatu komoditi sahaja, malah terbuka kepada semua sektor komoditi, tidak kira sama ada industri huluan atau hiliran yang berkait dengan pengeluaran makanan.

 

Kelayakan bagi Pembiayaan DPA adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia, sama ada individu/tidak berindividu, dan perniagaan milik tunggal atau perkongsian dengan syarat syarikat hakmilik warga Malaysia sekurang-kurangnya (51%) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016. Had pembiayaan minimum adalah RM10,000.00 (RM10 Ribu) dan maksimum RM10,000,000.00 (RM10 Juta).

Sehingga kini, dana Pembiayaan DPA baru sahaja diterima pada 27 Ogos 2021 berjumlah sebanyak RM60 Juta. Oleh itu, KPI/Sasaran Jangka Pendek (Quick Win) 100 hari adalah mensasarkan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM30 juta iaitu 50% dari jumlah peruntukan yang diterima dengan sasaran 20 pelanggan (purata pembiayaan 1.5 juta/pelanggan). Bagi KPI/Sasaran Jangka Sederhana pula disasarkan jumlah kelulusan pembiayaan terkumpul sebanyak RM60 juta atau 100% dari peruntukan diterima dengan sasaran sebanyak 20 pelanggan bagi setiap RM1.5 juta (jumlah kelulusan pembiayaan bagi tahun 2022 adalah RM30 Juta).

Sehingga 23 November 2021 pencapaian bagi Dana Pembiayaan Agromakanan bagi KPI 100 hari adalah sangat memberangsangkan dengan kadar capaian terkini sebanyak RM39.98juta melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM30juta. Kadar capaian kelulusan berkenaan adalah merangkumi 20 pelanggan yang disasarkan, dengan jumlah permohonan terkumpul sebanyak 66 pelanggan(RM136.27juta).

PROGRAM MENINGKATKAN TARAF HIDUP KUMPULAN SASAR DALAM PEMBERIAN BANTUAN / INSENTIF DANA PEMBIAYAAN

11. MAFI Prihatin

MAFI Prihatin merupakan satu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bertujuan membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Program MAFI Prihatin merupakan program sumbangan produk agromakanan yang dilaksanakan oleh MAFI bagi meringankan beban penerima sumbangan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana alam, barisan hadapan dan sebagainya.. Selain daripada itu, program ini juga membantu mempromosikan produk keluaran petani dan usahawan tempatan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Promosi ini dapat meningkatkan pemintaan produk agromakanan di pasaran seterusnya menjamin pendapatan petani dan usahawan tempatan.

Pemberian bantuan bakul makanan ini dapat meringankan beban golongan sasar yang terjejas sumber pendapatan akibat bencana alam serta kesukaran hidup dalam tempoh pandemik. Sejumlah 30,793 orang penerima yang terdiri daripada peladang, petani dan nelayan termasuk keluarga mereka telah menerima bantuan bakul makanan yang mengandungi barang kegunaan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu dan sebagainya dengan anggaran RM 70- RM 75 bagi setiap penerima. Jumlah keseluruhan kos yang telah disalurkan melalui program bantuan ini adalah berjumlah RM 900,000.00 setakat 23 November 2021.